Berpasangan Lawan Tidak Berpasangan

Cerpen Karangan:
Kategori: Cerpen Malaysia
Lolos moderasi pada: 3 August 2016

Aku Shahrina dan aku berumur 19 tahun. Aku mempunyai ramai kawan yang sudah mempunyai teman lelaki dan teman wanita. Aku sahaja yang ganjil kerana aku tiada teman lelaki sampai sekarang. Tetapi tidak mengapa. Sebelum terlupa, aku dari Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi senang cerita UKM. Ibu ayah aku memang pasangan yang sangat romantik sampaikan aku sendiri menyampah dengan mak ayah aku sendiri. tetapi tidak mengapa kerana ramai ustaz dan ustazah kata bercinta selepas berkahwin.

Eika, kawan baik aku. Aku rasa dia lebih teruk daripada aku. Dia pernah ada teman lelaki semasa dia berumur 12 tahun lagi sampai 15 tahun. Dia berpisah kerana dengan teman lelakinya itu sebenarnya teman lelaki dia tu ‘playboy’. Sekarang, dia sudah serit berpasangan sebab dia terlalu sayang dengan bekas teman lelakinya dan dia sudah tidak ada perasaan lagi kepada sesiapa. Itulah sebab aku rasa dia lebih teruk daripada aku. Sekurang-kurangnya aku mahu juga ada teman lelaki. Itulah remaja, selepas putus dengan teman lelaki atau perempuan merana sepanjang hidup. Tetapi Eika itu memang wanita yang sangat cantik. Memang jauh cantik daripada aku.

“Rina, kau tahu tak macam mana nak…” Eika baru sahaja ingin memberitahu bahawa macam mana ingin menghantar cerpen tiba-tiba Shahrina terus memotong.

“Nak cari ‘boyfriend’? Eh, aku tahu lah macam mana.” Shahrina bercakap dengan ego tetiba-tiba Eika menangis teresak-esak.

“Jangan sebut perkataan tu lagi!” Eika menyuruh Shahrina jangan menyebut lagi perkataan ‘boyfriend’ tetapi tidak jelas kerana Eika menangis teresak-esak.

“Kau cakap apa?” Shahrina bertanya seperti tidak dengar langsung apa yang dikatakan Eika seperti Eika berbisik tidak dengar hanya dengar esakan Eika. Tangisan Eika itu memecah kesunyian di perpustakaan universiti itu.

“Jangan sebut perkataan tu lagi!” Esakan Eika itu semakin kuat tetapi masih tidak didengari apa yang dia katakan.

“Apa yang kau cakap!!” Semakin kuat suara Shahrina sampaikan semua orang dalam perpustakaan itu memandang pelik pada Shahrina. Shahrina yang sedang mencari buku itu berasa malu akan dengan perbuatannya itu. Kim, musuh ketat Shahrina sedang merakam video Shahrina itu disedari oleh Shahrina bahawa Kim sedang merakam sesuatu. Shahrina menutup mukanya dengan buku yang bergambar idolanya, iaitu Harris J. Muka Shahrina yang putih itu mula memerah. Eika sudah berhenti menangis lalu meninggalkan Shahrina berseorangan yang masih menutup mukanya itu.

“Eika, sorry..” Shahrina baru sahaja membuka mukanya tetiba-tiba Eika yang menangis teresak-esak tadi sudah tiada dalam pandangan Shahrina.

“Assalamualaikum.” Suara itu didengari dari belakang Eika. Eika tidak berpaling ke belakang kerana dia tahu Shahrina yang memberi salam. Eika hanya menjawab salam itu.

“Waalaikumussalam.”

“Eika..jangan merajuk. Kita kan BFF..Sorry, aku tak tahu yang kau ni..” Shahrina tidak mahu menyambung perkataan seterusnya iaitu trauma kerana tidak mahu kawan baiknya itu diejek trauma. Shahrina menarik kerusi lalu duduk di atasnya.

“Sebab awak trauma..” Shahrina yang nakal itu sahaja masih mahu menyambung perkataan itu secara berbisik.

“Tak apa.. Saya maafkan, bukannya aku tak nak kawan dengan BFF aku sendiri.” Eika dengan manjanya itu memeluk kawannya dengan erat. Eika melepaskan Shahrina.

“Eh Rina, aku nak tanya sikit ni.. Sebenarnya kau nak kahwin tak? Aku tengok kau ni kawan lelaki yang tak beberapa rapat pun tak ada.” Eika kelihatan lebih ceria.

“Hishh.. Kau ni kan, lambat lagi lah.” Shahrina malas berfikir hal itu lagi. Dia hanya memandang kawannya itu dengan senyuman yang sinis.

“Kau ni kan nak ‘couple’ tapi tak nak kahwin.. Kau ni memang ‘playgirl’ ahh.. Sebab tu kau tak ada ‘boyfriend’ sampai sekarang sebab diorang dah tahu yang kau ni ‘playgirl’. Contohnya, ada seorang lelaki bernama Muhammad Harris nak ajak kau kahwin tapi dia dah tahu yang kau ni ‘playgirl’. Pastu dia tak nak sebab kau ni tak.. tak..” Panjang lebar Eika berhujah siap dengan contoh lagi tetapi Shahrina hanya membuat tidak tahu.

“Tak Setia!” Shahrina hanya menjawab sahaja.

“Hahh, tahu pun.” Eika malas melayan karenah kawannya itu.

“Aku bukan tak setia cuma aku ni cerewet.. Alaa.. aku ada jugak ciri-cirinya. Eh, aku tak main lah lelaki yang lepak sana sini.. aku cuma nak yang macam Harris J tu takper aahh.. Ikutkan hati aku, aku nak Harris J.. Ahh!! cia, cia!” Shahrina berangan sendirian. Dia bercakap dengan nada yang amat gedik. Kali pertama Shahrina bergedik-gedik tahap macam ini!

“Eh, ehh.. Kau sedar sikit ok. Kau tu orang Malaysia, bukan London. Pertama, kau sangat jauh. Kedua, kau mungkin tak layak lah dan tak sesuai langsung dengan Harris J. Ketiga, kau tak lah cantik sangat. Keempat kau perlu ubah sikap kau tu, kejap-kejap kau ‘nerd’ kejap-kejap kau ganas pulak. Kelima, kau kena ‘control’ sikit emosi kau yang gila sangat tu, sebab kalau artis lelaki ni tak suka wanita yang gila-gilakan dia. Lagi-lagi kalau kau.. terlalu gila tahap maksimum.” Eika selamba mengutuk Shahrina.

“Aku tahu aku tak cantik.. Kau cantik sangat, ‘top’ dalam dunia ni.. sudah-sudah dengan Justin Bieber sekali suka kau! Aku tahu aku ni ‘nerd’, ‘gangster’ dan memang tak layak laa dengan Harris J…” Shahrina sikit kecil hati dengan apa yang dikatakan oleh kawannya itu.

“Ok, aku nak tanya kau ni..Sebenarnya kau minat Harris J kenapa?” Eika bertanya dengan Shahrina seperti juri kelayakan jodoh.

“Soalan bagus.. Aku minat Harris J sebab dia Islam.. yang tu paling ‘first’, pastu, dia mengafal Al-quran, dia tu kalau nak kata ‘handsome’ tu memang.. Lagu dia ‘best’ dan banyak tentang agama. ‘Lastly’, dia ‘cute’… Cia… Cia!!!” Shahrina menggenggam tangan kawannya dengan kuat.

“Kau ni kan tak habis lagi dengan cia, cia kau tu. ‘So’, aku rasa kau ni bagus laa bukan sebab dia penyanyi, ‘famous’ dan ‘anything’ laa.. Aku pun macam tu juga sebenarnya hihi.. Tapi aku tak lah macam kau ni.. Yang ini Justin Bieber halal.. Eh, kau jangan perasan ok.. Aku bangga sebenarnya sebab sepupu aku ingat kawan aku ni Selena Gomez!” Eika memberi komen kepada Shahrina yang sedang berangan itu. Siapa tidak bangga kawannya seiras dengan Selena Gomez? Shahrina sememangnya seiras dengan Selena Gomez kecuali sifat-sifat yang ada dalam diri Shahrina.

“Hah? Selena Gomez? Eh, memang pun. Justin Bieber dengan Selena Gomez ‘so’, Harris J dengan aku lah!” Shahrina sudah berangan-angan tahap melebihi maksimum.

“Hmm.. Rina, kau ni minat Harris J tapi memang lah Harris J tak nak kat kau sebab dia orang London.. Kau tu dari Malaysia je.” Eika mula memberi kesedaran kepada Shahrina.

“Aku tahu.. Aku cuma minat je..” Shahrina mula memanja.

“Rina, aku nak pergi sambung kuliah ni. Bukan ke kau ada juga kan kuliah.. Jangan ponteng..” Eika, sebagai kawan yang sejati itu memesan kepada kawannya.

“Ya Allah, aku terlupa laa..Eh, aku pukul 2.00 nanti.” Shahrina memandang wajah Eika sambil berkerut dahi.

“Ok, Assalamualaikum..” Eika tiba-tiba kelihatan sopan semasa memberi salam.

“Waalaikumussalam..” Shahrina menjawab salam itu sambil tersenyum.

Shahrina berjalan-jalan makan angin selepas tamat kuliah. Dia terserempak dengan kawan sekuliahnya, Ameen.

“Hai Rina. Rina, boleh tak kita ‘couple’?” Ameen kelihatan seperti ingin mengajak Shahrina berkahwin dengannya di dalam drama.

“Hmm..Aku rasa boleh je kot.” Aduh, Shahrina tidak berfikir panjang. Itu bukan hal remeh-temeh!

“Esok kita keluar lepas habis kuliah ya!’ Ameen mengajak Shahrina dengan gaya romantiknya itu.

“Boleh, tapi awak kena tunggu ya!” Shahrina mula menggatal pula.

Inilah kali pertama yang paling seronok dalam sepanjang hidupku! Aku sudah mempunyai teman lelaki. Inilah masa yang aku nanti-nantikan. Walaupun Ameen tidaklah sekacak mana tetapi lebih baik dari tiada teman langsung. Aku tidak sabar menunggu untuk keluar dengan Ameen.

“Hai Rina, jom kita jalan-jalan.” Ameen mengajak Shahrina tidak romantik sebelem ini.

“Jom.” Shahrina hanya mengikut sahaja.

“Rina, ini untuk kali pertama kita ‘couple’ kan.. Untuk kali pertama kita kenalah..” Ameen tidak menyambung perkataan seterusnya. Ameen mendekatkan dirinya dengan Shahrina. Shahrina kaku tidak tahu ingin membuat apa. Buku yang dipegang Shahrina itu memukul tepat pada muka Ameen untuk sedarkan Ameen.

“Apa yang kau buat ni? Hey, aku tahu laa kau tu orang kampung.. Ni ‘trend’ laa.. Biasa lah tu untuk ‘couple’. Kalau kau tak nak semua ni tapi kenapa kau terima aku?” Ameen yang marah itu membuatkan Shahrina kaku.

“Hey, awak tahu tak kita sekarang ni ada depan masjid? Awak tahu tak yang awak ni Islam? Kita ni Islam bukan Kafir.. Kenapa awak ikut ‘trend’ tapi tak ikut cara Islam” Shahrina mula berhujah.

“Ni biasa laa..Ramai kat luar sana lebih teruk dari benda ni tau. Apasal kau pendek akal sangat? buat sakit hati aku aje.. Lain kali kata dulu yang kau ni boleh atau tak buat benda macam ni.” Ameen yang sakit hati itu tidak memandang Shahrina.

“Saya harap awak akan sedar nanti. Jangan dekat dengan saya lagi.” Shahrina meninggalkan Ameen dengan hati yang tidak kisah. Ameen hanya membisu.

Aku menyesal kerana menerima Ameen. Aku fikir dia akan mencintakanku dengan cara yang betul tapi tidak. Sekarang baru aku tahu sebenarnya lebih baik tidak berpasangan. Kalau mahu berpasangan mesti ikut ‘trend’. Memang betul kata ibuku semasa aku meminta izin mahu berpasangan. Tetapi ibu tidak benarkan. Aku hanya menunggu jodoh. Sebenarnya berpasangan sekarang tidak tahu akan kekal atau tidak.

Ameen sudah sedar akan perbuatannya pada hari itu. Ameen berjumpa dengan Shahrina untuk meminta maaf. Ameen tidak lagi mengikut cara barat untuk bercinta dan sekarang ini dia telah mengikut ajaran Islam yang betul.

Kita janganlah menjadi orang yang hanya mengikut orang lain terutamanya pengaruh barat. Kita sebagai orang Islam janganlah mengikut gaya dan cara barat.

Cerpen Karangan: Nurin Najihah Nor Ishan
Facebook: Nurin Najihah Cerpenis

Nama: Nurin Najihah Binti Nor Ishan
Umur: 12 tahun
Sekolah: SK Bukit Chempaka
Tempat lahir: Terengganu, Malaysia
Hobi: Bermain piano dan menulis
Cita-cita: Penulis Novel

Cerpen Berpasangan Lawan Tidak Berpasangan merupakan cerita pendek karangan , kamu dapat mengunjungi halaman khusus penulisnya untuk membaca cerpen cerpen terbaru buatannya.

"Kamu suka cerpen ini?, Share donk ke temanmu!"

Google+


" Baca Juga Cerpen Lainnya! "


Tenggelam Dalam Laila

Oleh:
Hari ini. Dari jauh mereka menapak senyap. Dengan irama jantung yang membising. Tak sampai 10 menit mereka tiba di jeti, di sana ada sebuah boat menunggu. Aura seram gelombang

Cahaya Graviti

Oleh:
Jamal masih lagi terlentang di kerusi tiga walaupun ibunya sudah 15 kali mengejutkanya menggunakan pelbagai kaedah. Jamal mengeras akhirnya ibunya tersedar yang mereka sudah terlambat untuk menghadiri majlis qiyamulail.

Bilik Hotel 205

Oleh:
28 April 1998, Hotel Salak The Heritage “Zahar, kau tak rasa bersalah ke bunuh anak sendiri… Tolong lah jangan ganggu kami lagi.. Jangan lah jadi kaki botol lagi.” Rayu

Aku Cinderella Versi Lelaki

Oleh:
Aku Akmal. Nama penuh aku Muhammad Akmal Iskandar. Aku ada seorang mak tiri nama dia Razeen. Dan dua abang tiri kembar. Dua tahun selepas mama aku meninggal papa aku

“Hai!, Apa Kamu Suka Bikin Cerpen Juga?”
"Kalau iya... jangan lupa buat mengirim cerpen cerpen hasil karyamu ke kita ya!, melalui halaman yang sudah kita sediakan di sini. Puluhan ribu penulis cerpen dari seluruh Indonesia sudah ikut meramaikan cerpenmu.com loh, bagaimana dengan kamu?"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *