Bilik Hotel 205

Cerpen Karangan:
Kategori: Cerpen Malaysia
Lolos moderasi pada: 15 February 2017

28 April 1998, Hotel Salak The Heritage

“Zahar, kau tak rasa bersalah ke bunuh anak sendiri… Tolong lah jangan ganggu kami lagi.. Jangan lah jadi kaki botol lagi.” Rayu wanita mengandung itu kepada suaminya. Selepas mendengar perkataan kaki botol itu terus suaminya mengambil pisau di dapur untuk membunuh bayi dalam kandungannya tetapi dihalang oleh anak sulungnya, Faris.

“Apa yang abah buat ni? abah gilakah sampai bunuh Farith.” Ayahnya terus menikam anaknya itu. Isterinya lekas masuk ke bilik dan mengunci pintu tetapi gagal kerana rambut panjangnya itu ditarik oleh suaminya dan suaminya terus membunuh isteri. Selepas suaminya membunuh isterinya, dia pengsan di atas lantai dengan tiba-tiba.

Selepas suaminya sedar, dia melihat isteri dan anak sulugnya itu mati dia berasa amat bersalah.

“Apa yang aku dah buat ni?” Dia terus panik.

“Aku kena sorokkan semua mayat-mayat ini?” Tetiba-tiba Encik Zahar datang idea untuk meletakkan mayat-mayat itu di belakang dinding. Tetapi Encik Zahar masih berasa beruh salah. Encik Zahar lebih elok jika bunuh diri dengan gantungkan kepalanya pada kipas. Encik Zahar sudah meletakkan kerusi dan tali gantung. Dia terus meletakkan kepalanya pada tali tersebut dan menolak kerusi dengan kakinya. Encik Zahar sesak nafas dan mati.

Keesokan harinya…

Pekerja hotel itu berjalan menuju ke bilik 205 untuk membeersihkn bilik tersebut. Apabila sampai, pekerja itu menjerit dan pengsan kerana melihat mayat seorang lelaki digantung pada kipas ruang tamu bilik itu.

Pekerja yang lain terus menuju ke tempat kejadian itu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

“Tuan, di bilik 205 berlaku sesuatu!” Pekerja itu terus menghubungi ketuanya untuk datang ke tempat kejadian malangnya panggilan itu tidak beberapa jelas. Ketuanya itu dapat dengar dengan satuper satu perkataan walaupun tidak beberapa jelas.

“Qal, cepat telefon polis!” Tegas ketuanya itu.

“Baik.” Tanpa berlengah lagi, dia terus menghubungi polis.

Isnin, 24 Februari 2015

“Selamat sejahtera, masih ada lagi bilik kosong?” Puan Sara ke kaunter hotel Salak The Heritage untuk meminta kunci bilik.

“Selamat sejahtera, bilik yang masih kosong ada lagi… nah kunci bilik 205 di tingkat tujuh ya.” Cik Ayu yang menjaga kaunter itu memberi sebatang kunci bilik 205.

Apabila Puan Sara dan seorang anaknya, Amin sampai di depan pintu bilik 205, dia membuka pintu itu dan terus masuk ke dalamnya untuk melihat apa di dalamnya.

“Ibu, kenapa bilik ini kelihatan seram dan amat sunyi…tadi saya lalu di depan bilik lain tidaklah begitu sunyi macam bilik ini.” Muka Amin kelihatan gelisah itu memandang ke muka ibunya.

“Hish, kamu ni..tak baik cakap macam tu.. bilik ni sunyi mungkin sebab bilik ini…” Pintu yang dibuka itu menutup sendiri dengan kuat. Amin dan ibunya serentak memandang tepat pada pintu yang tertutup dengan sendirinya.

“Jangan fikir yang bukan-bukan lagi mungkin sebab angin terlalu kuat sampaikan pintu tutup sendiri.” Puan Sara yang mula bercakap dahulu sebelum Amin bertanya soalan yang masih tidak dijawab dengan habis oleh ibunya.

“Ibu, kenapa bilik ni sunyi?” Soalan yang sama masih ditanya lagi oleh Amin.

“Alaa… kamu ni jangan banyak soal sangat boleh tak? Kamu buat-buat tahu ajelah…malas pulak ibu nak jawab.” Puan Sara serabut dengan soalan anaknya itu.

Amin mengangkat beg pakaiannya tetapi dia tiba-tiba dia terhenti kerana dia terasa ada seseorang sedang memengang kakinya dengan kuat. Dia menarik kakinya dengan sekuat hati tetapi masih lagi tidak boleh. Amin berdiam diri dan dia langsung tidak memanggil ibunya. Amin melihat pada kakinya. Amin melihat tangan yang berlendir memegang kakinya dengan kuat.

“Ahh!! Tolong ibu!!” Jerit Amin sekuat hati. Apabila ibunya sampai, tangan yang berlendir itu tidak lagi menarik kakinya.

“Apa yang kamu jerit ni?”

“Hantu tarik kaki saya!” Amin memberitahu apa yang telah berlaku pada dirinya kepada ibunya.

“Tulah, kamu ni selalu main permainan hantu aje.. sebab tu lah asyik terfikir hantu je.” Puan Sara tidak percaya dengan apa yang berlaku keatas anaknya sendiri.

Puan Sara berjalan menuju ke bilik air untuk membasuh tangan. Apabila Puan Sara membuka air, air itu berwarna merah seperti darah. Puan Sara masih tidak peduli dan dia menutup air semula. Tetiba-tiba dia muntah ke dalam mangkuk tandas. Muntah yang dikeluarkan itu adalah darah. Puan Sara berpaling ke belakang. Puan Sara terkejut apabila melihat seorang wanita berpakaian kain putih yang berdarah-darah.

“Apa yang kamu mahu daripada aku?” Tanya Puan Sara kepada Seorang wanita itu.

“Aku mahu kau berambus dari bilik ni. Bilik ni milik keluarga aku!” Wanita itu hanya menyuruh Puan Sara berambus dari bilik itu tanpa menceritakan apa-apa.

Tetiba-tiba Puan Sara terdengar jeritan dari luar bilik air. Puan Sara lekas keluar dari bilik air untuk menyelamatkan anaknya dan tidak melayan lagi wanita itu.

“Amin, apa yang berlaku?” Kepala Puan Sara ligat berpaling untuk mencari Amin.

“Tolong ibu!” Amin memanggil ibunya untuk menyelamatkan dia.

Puan Sara kaku dan tidak tahu bagaimana ingin menyelamatkan anaknya yang ditarik oleh beberapa mahkluk yang menarik kedua-dua tangan dan kakinya pada dinding bilik itu.

Tetiba-tiba beberapa mahkluk itu melepaskan kedua-dua tangan dan kaki Amin dan tiba-tiba hilang. Selepas Amin dilepaskan, Puan Sara terus memeluk badan anaknya yang kecil itu.

“Syukur kamu tidak cedera.”

Amin terdiam seribu bahasa selepas kejadian itu. Puan sara terasa sesuatu yang pelik pada dinding yang Amin ditarik tadi. Tanpa berlengah lagi, Puan Sara memegang tangan anaknya untuk keluar dari bilik itu dan ke kaunter.

“Boleh saya memanggil ketua awak?”

“Boleh, saya akan menghubungi dia sekarang.” Tanpa berlengah lagi penjaga kaunter itu dan terus menghubungi ketuanya.

“Apa yang saya boleh bantu?” Soal Ketua hotel Salak The Heritage.

“Saya nak tahu cerita sebenar tentang bilik 205.” Jelas Puan Sara. Amin yang masih terdiam seribu bahasa itu duduk di sebelah ibunya.

“Sebenarnya banyak sangat rahsia tentang bilik yang awak duduk itu.” Ketua hotel itu hanya memberitahu bahawa bilik ada banyak rahsia.

“Bilik itu sebenarnya…” Dia masih tergagap untuk memberitahu tentang bilik itu dan Puan Sara terus memotong.

“Apa Sebenarnya?” Puan Sara seperti mengorek rahsia yang amat misteri itu.

“Baiklah, saya akan menceritakan cerita sebenar dan bawa bersabar.. Kami masih lagi tidak mengambil mayat-mayat dibilik itu. Kami hanya mengambil mayat yang tergantung di ruang tamu saja. Bilik itu sampai sekarang tidak digunakan. Tetapi kami amat meminta maaf kepada kamu dan anak kamu kerana memberikan kunci bilik itu. Sepatutnya kami tidak perlu berikan lagi sesiapa yang menginap di situ.” Panjang lebar ketua hotel itu menceritakan hal sebenar tentang bilik itu kerana Puan Sara ingin tahu hal sebenar tentang bilik itu.

“Jadi, kamu tidak mahu mengambil mayat-mayat itu dan menanamnya?” Puan Sara masih bertanya.

“Pihak kami akan sekat orang yang cuba memasuki bilik itu dan kami akan mengambil mayat-mayat itu dan terus menanamnya. Kami rasa lebih baik kamu keluar dari billik itu dan kami berikan bilik yang lain.” Ketua hotel itu masih mengajak Puan Sara dan anaknya untuk menginap di bilik yang lain.

“Kami tidak mahu dan sekarang kami mahu pekerja-pekerja kamu mengambil barang-barang kami ke sini.” Puan Sara tidak mahu menginap di hotel itu lagi dan hanya mahu pulang dari hotel itu.

“Baiklah, kamu tak perlulah bayar sewa bilik itu.” Reaksi muka ketua hotel itu memang kelihatan sangat ihklas. Puan Sara tidak bercakap apa-apa lagi.

“Sherry, tolong pergi ambil barang-barang Puan Sara di bilik 205.” Ketua hotel menyuruh pekerja wanitanya mengambil barang-barang Puan Sara dan anaknya.

Ahad, 31 Feb 2015

“Mayat-mayat di dalam bilik 205 di Hotel Salak The Heritage telah dikeluarkan dari dinding ruang tamu bilik tersebut dan mayat-mayat itu telah ditanam di tanah perkuburan Islam berdekatan dengan hotel tersebut.” Pembaca berita di kaca televisyen itu menunjukkan dinding yang telah dipecah untuk mengambil mayat-mayat itu.

Puan Sara dan anaknya menonton berita itu dengan teliti. Anaknya telah dipercai trauma akibat kejadian yang telah berlaku keatas dirinya. Selepas kejadian itu, Amin tidak mahu lagi mengikut ibunya ke mana-mana hotel.

Sekarang bilik itu telah bersih dan tiada gangguan lagi. Tetapi ketua hotel itu masih lagi sekat sesiapa yang berjalan-jalan di bilik itu dan memasukinya untuk memastikan keselamatan kepada penduduk hotel Salak The Heritage.

Cerpen Karangan: Nurin Najihah Nor Ishan
Facebook: Nurin Najihah Cerpenis
Tarikh lahir penulis: 22 September 2004
Tempat lahir: Terengganu, Malaysia
Tempat belajar: SK Bukit Chempaka
Instagram: Nurinnajihah_novelist2290

Cerpen Bilik Hotel 205 merupakan cerita pendek karangan , kamu dapat mengunjungi halaman khusus penulisnya untuk membaca cerpen cerpen terbaru buatannya.

"Kamu suka cerpen ini?, Share donk ke temanmu!"

Google+


" Baca Juga Cerpen Lainnya! "


Tenggelam Dalam Laila

Oleh:
Hari ini. Dari jauh mereka menapak senyap. Dengan irama jantung yang membising. Tak sampai 10 menit mereka tiba di jeti, di sana ada sebuah boat menunggu. Aura seram gelombang

Bukan Dia Yang Diingini

Oleh:
Di pagi yang bakal meninggalkan kesedihan buat aku. Aku hanya diam menunduk dan mengikut setiap arahan yang diberikan oleh ibuku. Aku tahu salahku kerana ingin menyambung pelajaran di tempat

Cahaya Graviti

Oleh:
Jamal masih lagi terlentang di kerusi tiga walaupun ibunya sudah 15 kali mengejutkanya menggunakan pelbagai kaedah. Jamal mengeras akhirnya ibunya tersedar yang mereka sudah terlambat untuk menghadiri majlis qiyamulail.

Aku Cinderella Versi Lelaki

Oleh:
Aku Akmal. Nama penuh aku Muhammad Akmal Iskandar. Aku ada seorang mak tiri nama dia Razeen. Dan dua abang tiri kembar. Dua tahun selepas mama aku meninggal papa aku

“Hai!, Apa Kamu Suka Bikin Cerpen Juga?”
"Kalau iya... jangan lupa buat mengirim cerpen cerpen hasil karyamu ke kita ya!, melalui halaman yang sudah kita sediakan di sini. Puluhan ribu penulis cerpen dari seluruh Indonesia sudah ikut meramaikan cerpenmu.com loh, bagaimana dengan kamu?"

2 responses to “Bilik Hotel 205”

  1. Asti Ardelia Ashofi says:

    Ceritanya seru , aku juga Suka ko cerita Malaysia , termaksud filem upin dan ipin.

  2. A.Naila Isna Maghfirah says:

    Love Upin Ipin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *