Bukan Dia Yang Diingini

Cerpen Karangan:
Kategori: Cerpen Malaysia
Lolos moderasi pada: 15 November 2017

Di pagi yang bakal meninggalkan kesedihan buat aku. Aku hanya diam menunduk dan mengikut setiap arahan yang diberikan oleh ibuku. Aku tahu salahku kerana ingin menyambung pelajaran di tempat yang jauh. Tapi terpaksa jua aku turutkan. Hari ni aku bakal ditinggalkan oleh ibu dan ayahku yang bakal berangkat pulang ke kedah setelah pendaftaran aku selesai.

Hari pertama aku ke kuliah adalah hari yang paling menyeronokkan dan boleh membuatkan aku berasa gembira sedikit walupun perasaan rindu kepada ibu dan ayah mencengkam jiwaku. Mataku cepat sahaja terpandangkan seorang lelaki yang berambut panjang, dan bagi aku dia agak selekeh. Tapi mata aku tetap nak pandangkan dia. Rupanya dia ni suka buat lawak bodoh dan buatkan aku tersenyum sendiri.

“Amalina, jom keluar nak tak malam ni,” ajak rakan serumahku yang bernama Fina.
“Taknaklah, aku jarang keluar malam,” aku membalas. Keluar malam bukanlah satu tabiat dan kebiasaan kepada aku. Lagipun keluarga aku tak bagi aku keluar malam sebelum maghrib dah diajar kena ada di rumah. Memang nampak kampung, tapi bagi aku itulah yang terbaik untuk menjaga diri kita yang masih gadis ini.
“Alaa.. kau ni, hari ni ja please,” Fina tetap memujuk aku. Yang ni yang buat aku lemah ni.
“Yalah. Aku ikut,” setelah memberi kata putus, aku terus bersiap kerana si Fina cakap dia dah nak keluar. Sebab lapar sangat.

Setibanya di kedai makan itu, aku terlihat dua orang yang aku agak kenali. Rupanya si Fina ajak aku keluar kerana untuk temankan dia berdating dengan si Irfan. Aku dan Mustaqim pula hanyalah peneman. Mulanya aku agak marah juga tetapi sekarang tak sangat. Tetapi untuk hari seterusnya, aku dah taknak ikut kalau keluar malam.

“Amalina, kau budak kedah kan?” Mustaqim menyoalku. Si Irfan dan Fina entah kemana. Yang tinggal hanyalah aku dan Mustaqim. Setelah diam seberapa lama barulah boleh berbual. tu pon disebabkan si Mustaqim yang memulakannya.
“Ya, aku dari Kedah,” dia bertanya sepatah aku jawab sepatah. Aku dahlah sudah mula menyulam rasa dekat dia. Takkan nak bagi kantoi. Baik aku diam dan buat endah tak endah.
“Maknanya raya ni kau balik Kedah kan?” Apasal mamat ni tanya banyak pula. Fikir hati kecilku.
“Tak adalah. Aku balik Kelantan. Family nak raya sana nanti,” aku jawab jujur tanpa memandang wajahnya. Pandangan aku lebih dilemparkan kepada satu pasangan yang asyik melayan anak kecilnya.
“Kelantan kat mana?” soalnya tiba-tiba
“Kota Bahru,”
“Samalah dengan aku. Kota Bahru juga, rumah nenek belah mak aku,” mendengarkan jawapan tu. Hati aku terus diserbu pelbagai perasaan. Kenapa dia?? Kenapa perlu orang kelantan juga. Aku dah berazam takkan sukakan orang lelaki yang berasal daripada kelantan. Mulai hari ni aku kena pudarkan perasaan aku.
“ouhh, okeylah kalau macam tu,” aku menunjukkan reaksi yang aku tak berminat nak berbual. Mungkin Mustaqim faham. Akhirnya dia diam dan memandang ke tempat yang asyik aku pandang tadi.
“Mus, Lina, jom balik,” akhirnya Fina dan Irfan mengajak aku dan Mus pulang.

Beberapa hari kemudian
“Lina jom gi joging,” si Sofia pula mengajakku untuk pergi bersenam. Ni yang malas ni.
“Taknaklah aku. Mesti ada Am dan Ijood sekali,” jawabku jujur.
“Ada. Tapi takpelah sebab ada Diba dengan Ika sekali,” aku malas nak pergi.’’
“Hmmm, yalah aku pergi,”

DI TRACK JOGING
‘Diorang ni nak joging ke nak main-main,’ aku bercakap sorang. Hmm malaslah nak tunggu diorang. Baik aku pergi joging seorang.
“Amalina, tunggu. Kita pergi sekali,” Mustaqim bersuara, aikk bila masa pula dia ada dekat sini. Tetiba ja.
“Boleh,” aku hanya tersenyum kecil dan terus memulakan langkah. Sebenarnya aku nak lari dari suka dia lagi. Aku taknak jadi orang yang tidak berpegang pada azam aku.

Setelah lari dua round pusingan padang tersebut. Aku dan Mustaqim berhenti di tempat permulaan kami Joging tadi, di tempat di mana ada kawan-kawan dia dan si Sofea juga. Aku bukannya jenis yang bercakap dengan orang, jadi aku pergi di tempat yang jauh sedikit dari mereka. Tak tahu pula si Mustaqim berjalan seiringan dengan aku.

“Mus, kau jangan. Kedah jauhlah nanti kau nak berulang,” tiba-tiba suara si Udin memecahkan kesunyian.
“Kalau dah jodoh nak buat macam mana,” sebagai budak yang pernah bersekolah di sekolah lelaki aku dah masak dengan perangai mereka. Jadi aku tak ambil pusing apa yang mereka cakapkan. Aku hanya diam dan meminum air yang aku bawa tadi.
“Amalina, kau tahu tak kalau pasangan yang sweet bila duduk bawah langit macam ni diorang akan cakap apa,” tiba-tiba si Mustaqim memecahkan kesunyian kami..
“Diorang kata apa?” aku bertanya hanya untuk memecahkan kesunyian.
“Diorang akan kata. Awak bintang yang paling terang tu, dan awak selalu sahaja terangi hati saya , sayang,” Aku tergamam dengan kata-kata si Mustaqim. Seolah-olah dari perasaannya.
“Ohh, hahahaha kan, tapi aku tak main la acah-acah sweet ni. Aku main sweet dengan yang halal bagi aku ja nanti, dah. Aku nak balik dulu, tunggu diorang balik, malam ni baru boleh balik. Aku dah letih nak rehat esokkan kelas,” aku terus bangun dan melangkah pulang, aku taknak perasaan aku terus mekar bila lama-lama dengan dia.
Kita hanya mampu merancang dan Allah yang selalu tentukan, Mustaqim selalu mengambil berat tentang aku, dan memarahi sesiapa yang dekat denganku seolah-olah aku dia yang punya. Dan aku pula mula yakin dengan perasaanku.

“Lina, kau sukakan Mustaqim ke?” soal Hidayah tetiba.
“entahlah, aku tak tahu, tak faham lagi,” Kau kalau sukakan dia, kau luahkan ja kat dia. Kau jangan ragu-ragu. Kalau kau tak matang dalam perasaan itu, kau akan sukekan seseorang tu sekejap sahaja,” Hidayah menasihatiku.
Betul juga apa yang dicakapkan dia tu. Mungkin meluahkan adalah lebih baik sebab aku pun tak tahu dengan perasaan dia. Mula dari hari tu aku selalu sahaja panggil si Mustaqim dan aku cakap aku ada sesuatu nak cakapkan dengan dia. Tetapi akhirnya aku cakap nantilah aku cakap.
“Lina, kau suka main-mainkan? Aku tak suka benda yang remeh-temeh. Aku tak suka orang yang main-main,”Mustaqim berbicara dan membuatkan aku tersentap.
“Kalau kau tak boleh dengan perangai tak matang aku tu, kau boleh belah. Aku pun tak hadap dengan kau,” aku terus memalingkan wajahku kerana tidak mahu dia melihat tangisanku. Rupanya dia tak sukakan perangai main-main aku ni. Baik aku lupakan perasaan aku. Cuti pon dah nak dekat.

MUSTAQIM
“Yang kau pergi kata macam tu dekat dia dah kenapa,” Irfan memarahi Mustaqim.
“Aku nak tahu apa yang dia nak cakapkan bukannya main-main macam tu,”
“Betullah cakap Lina, kau memang suka baran ikut emosi, kau memang tak boleh sabar dengan diakan. Sedangkan kau cintakan dia tapi kau selalu sahaja tengking dia marah-marah dia,” Irfan dah mulakan hujah dia.
“Biarlah, kalau jodoh tak kemana. Sekarang kena belajar dulu,”
“Lupa nak cakap dekat kau, Lina dah balik Kedah, mungkin sekarang dia dah bertolak, kalau dah jodoh tak ke manakan, berdoalah agar jodoh kau dengan dia tak kemana, dia Kedah kau Selangor kau rasa kau nak dengan ego kau ke, nak hilang dia. Dua pilihan tu ja aku bagi dekat kau,” Irfan terus berlalu pergi kerana dia marahkan Mustaqim yang terang suka dan sayang tapi taknak mengaku.

Assalamualaikum Mustaqim, ni Amalina. Aku nak minta maaf kalau aku selalu sahaja naikkan angin kau, kau pernah cakapkan orang yang kau selesa sahaja kau akan marah. Aku nak cakap yang aku sukekan kau sesangat. Tapi sebelum aku kena marah dengan kau. Aku tahu aku tak layak dengan kau dan takkan pernah layak. Aku minta maaf. Kau jagekan kawan-kwnku untk aq. Kau jngn nak slalu marah. Kau jage Farah elok2. Jngn smpai trlepas cinta sejati kau. Bye. Aku dh brtolak balik kedah dah ni. Bye. Jngn cri aku. Aku dh maafkan kau.

Mesej dari Amalina dibaca berulang kali. Aku tahu aku tak patut hilang dia. Aku taknak hilang dia. Ya allah. Kalau dah jodoh. Kau temukanlah aku kembali dengan dia.

Kol pun bukan dia nak angkat semuanya masuk voice mail. Ya Allah, aku sangka dia balik kedah sekejap sahaja, rupanya selamanya dia balik sana. Ya Allah, aku serahkan semuanya kepadamu. Andai dia memang ditakdirkan untukku kau temukanlah semula.

5 TAHUN KEMUDIAN#
“Napa kak pula yang kena kahwin. Kak tak gatal lagi nak kahwin, belajar pon tak habis lagi. Alamakk, aduhh,” aku mendengus. Aku tak pernah terfikir akan berkahwin di usia ku yang baru mencecah 23 Tahun ni.
“Mak pon taktau, abah hang punya keja. Dia jumpa kawan lama dia kat kelantan balik aqie tu. Taktau macam mana lepa nak jodohkan hang pulak. Anak dia pun baqu habis belajaq. Dengaq kata tua setahun ja Dqi hang,” mak terang panjang berjela untuk aku faham.
“Cek takmau kawen lagi,” aku berusaha menolak jodohku, aduhh. Abah ni napalah buat keputusan tak cakap dekat orang lain dahulu.
“Anx kena kawen jugak. Abah hang dah panggil orang untuk kenduqi dah. 2 minggu lagi hampa dua kawen,” kata-kata ibu membuatkan aku lagi terkejut badak.Ya Allah, dua minggu? Nak pengsan aku rasa. Siapa jodoh aku pun aku tak tahu. Mesti keturunan kelantan. aduh. Macam manalah dengan azam aku yang satu tu.

“Takim, mari sini jap, ibu nak cakap sesuatu dengan Takim. Ini soal masa depan Takim,” soalan ibu membuatkan dadaku berdebar. Aduh apalah yang hendak dicakapkan tu.
“Ya ibu, ibu nak cakap apa?” aku hanya menyoal dengan penuh debaran di dada.
“Minggu depan ibu nak Takim bernikah dengan pilihan ibu dan ayah. Ibu dah tak sanggup tengok Takim yang macam tak tentu arah. Jodoh yang ayah kamu pilih tu dari keturunan yang baik dan merupakan anak kawan lama ayah kamu,” kata-kata ibu sangat mengejutkan aku. Dan di saat ini satu wajah terbayang di fikiranku. Hmm Amalina. Mungkinkah aku dengan dia mungkin tak ada jodoh?
“Takpelah ibu, Takim ikut ja. Apa yang terbaik bagi ibu dan ayah pasti terbaik juga untk takim,” Jawab Takim tenang.
“Kalau macam tu, mudahlah kerja ibu dan ayah, ibu pasti kamu akan bahagia dengan dia,”
“Baiklah ibu, Takim naik dulu ye,” setelah melihat ibu mengangguk, aku terus naik. Melihatkan wajah ibu kelihatan berseri membuatkan aku yakin dengan keputusan aku.

“Aku terima nikahnya Nurul Amalina Bt Jaafri dengan mas kahwin RM100 tunai,” dengan sekali nafas, Amalina sudah sah menjadi isteri Mustaqim.
Semasa upacara pembatalan air sembahyang, masing-masing berasa berdebar untuk melihat wajah pasangan masing-masing. Tangan dihulur, tangan disambut, dahi dicium dan akhirnya, mata bertemu mata dan…
“Awakk,” serentak kami bersuara tetapi perlahan. Kenapa dia Ya Allah. Orang yang langsung aku tak ingini dan tak terbayang yang aku mampu bergandingan dengan dia.

Setelah selesai semua upacara perkahwinan dan setelah majlis selesai. Aku pun terus meluru masuk ke dalam bilik. Hanya allah yang tahu betapa penatnya aku hari ni. Berkahwin bukanlah sesuatu yang menyeronokkan tetapi sebenarnya memenatkan. Otakku masih ligat berfikir. Aakah aku bermimpi ataupun nyata. Akhirnya aku mencubit pipiku sendiri.
“Ouchhh, Sakit. maknanya ni bukanlah mimpi,” tiba-tiba aku dengar suara seseorang ketawa dan meluru ke aku. Adoyaii,, apa yang aku nak buat ni. Mana nak lari. Akhirnya aku mencapai sebuah bantal dan menutup wajahku. Aku malu padanya tak habis lagi. Macam mana lah aku boleh luahkan perasaan aku dulu. Ingatkan dah takkan jumpa.
“Awak tak pernah berubahkan, masih gelabah macam dulu,” Mustaqim mengambil bantalku dan menarik dagu aku agar aku memandangnya. Pipiku dah berona merah.
“Awak tahu tak, saya cintakan awak, sukakan awak dari dulu lagi. Tapi saya serahkan semuanya dekat Allah. Saya nak awak berjaya, taknak sebab saya awak jatuh sebab tu saya tak pernah kejar awak,”
“Saya dah tak suka awak,”
“kalau tak suka awak takkan malu-malu macam ni dengan saya,”
“Awak suka tengking saya,”
“Sebab saya taknak awak tahu perasaan sebenar saya,”
“Awakkan tak suka saya main-main,” Tu sebab perasaan nak tahu saya lebih kuat sebab tu saya marahkan awak. Saya terseksa bila awak tak bagitahu,”
“Awak tak balas mesej saya,”
“Sebab saya yakin jodoh saya dengan awak sebab tu saya tak balas,”
“Tapi saya tak pernah teringin nak kahwin dengan awak,”
“Tak perlu keizinan awak sayang, asalkan Abang tahu sayang akan bahagia dengan abang. Please, bagilah kali ni abang menang bila lawan berkata dengan sayang,” Mustaqim menarikku ke dalam pelukannya, aku hanya diam. Mengizinkan setiap keinginannya.

Terima kasih ya Allah kerana mengekalkan jodoh kami. Aku tak sangka kami memang ditakdirkan bersama. Ya Allah. Sesungguhnya apa yang kau berikan itu adalah terbaik. Mungkin bukan semua orang sama. Azamku hanya akan ditinggalkan sebagai azam yang tiada kesudahan.

TAMAT

Cerpen Karangan: Fazlina Fadzil
Blog: fazlinafadzil399.blogspot.my

Cerpen Bukan Dia Yang Diingini merupakan cerita pendek karangan , kamu dapat mengunjungi halaman khusus penulisnya untuk membaca cerpen cerpen terbaru buatannya.

"Kamu suka cerpen ini?, Share donk ke temanmu!"

Google+


" Baca Juga Cerpen Lainnya! "


Tenggelam Dalam Laila

Oleh:
Hari ini. Dari jauh mereka menapak senyap. Dengan irama jantung yang membising. Tak sampai 10 menit mereka tiba di jeti, di sana ada sebuah boat menunggu. Aura seram gelombang

Aku Cinderella Versi Lelaki

Oleh:
Aku Akmal. Nama penuh aku Muhammad Akmal Iskandar. Aku ada seorang mak tiri nama dia Razeen. Dan dua abang tiri kembar. Dua tahun selepas mama aku meninggal papa aku

Bilik Hotel 205

Oleh:
28 April 1998, Hotel Salak The Heritage “Zahar, kau tak rasa bersalah ke bunuh anak sendiri… Tolong lah jangan ganggu kami lagi.. Jangan lah jadi kaki botol lagi.” Rayu

Cahaya Graviti

Oleh:
Jamal masih lagi terlentang di kerusi tiga walaupun ibunya sudah 15 kali mengejutkanya menggunakan pelbagai kaedah. Jamal mengeras akhirnya ibunya tersedar yang mereka sudah terlambat untuk menghadiri majlis qiyamulail.

“Hai!, Apa Kamu Suka Bikin Cerpen Juga?”
"Kalau iya... jangan lupa buat mengirim cerpen cerpen hasil karyamu ke kita ya!, melalui halaman yang sudah kita sediakan di sini. Puluhan ribu penulis cerpen dari seluruh Indonesia sudah ikut meramaikan cerpenmu.com loh, bagaimana dengan kamu?"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *