Cahaya Graviti

Cerpen Karangan:
Kategori: Cerpen Malaysia
Lolos moderasi pada: 12 April 2017

Jamal masih lagi terlentang di kerusi tiga walaupun ibunya sudah 15 kali mengejutkanya menggunakan pelbagai kaedah. Jamal mengeras akhirnya ibunya tersedar yang mereka sudah terlambat untuk menghadiri majlis qiyamulail.
“Terpulanglah la kau jamal tidurla nak jangan bangun” kata ibu jamal sambil bergegas pergi ke masjid.

Rumah dikunci selamat oleh ayah jamal tinggalah jamal dan 2 orang adiknya yang kini berada di lokasi ruang tamu menikmati keenakan tidur di malam yang indah. Jam digital bertukar nombor dari 12:00 am kepada 3:00 am. Suatu bunyi dentuman jet ataupun mesin gergasi telah mengegarkan rumah jamal dia terbangun dan melihat seluruh tingkap rumahnya dimasuki cahaya yang sangat terang. Dia perasan kedua dua adiknya yang berada tidak jauh dari kakinya ditarik. Tiada tali tiada benda yang kelihatan menarik dua orang adiknya itu dia mula panik dan mengagahkan diri menarik kedua dua adiknya yang kini seperti ada kuasa magnet yang menarik mereka. Adiknya tidak menjerit malah masih enak dibuai mimpi
Pintu dapur terbuka dan cahaya terang berada di mulut pintu itu. Terang sekali.

Ketika kudratnya hampir lemas dia terlepas gengaman tangan adiknya dan mereka berdua disedut ke dalam pintu yang penuh cahaya dan lesap. Lesap sekali cahaya yang terang yang menembusi tingkap rumahnya jamal berlari ke luar dan berteriak meronta bantuan. Kelihatan pak lebai ketika itu dalam perjalanan ke masjid

“Lebai awangg” teriak jamal “Lebai!” sambung jamal
Lebai awang hanya berzikir dan memerhatikan ke kawasan perumahan jamal.
“Tenang anak saudaraku tidur” kata lebai awang sambil senyum diiringgi zikir dan tahmidnya

Pak lebai berlalu dan teriakanya ditelan angin malam. Jamal melutut kesedihan dan mula merasakan dirinya terangkat. Selang beberapa minit semakin tinggi dan tinggi dia terapung-apung di awangan tidak boleh bergerak ke timur barat utara selatan. Kini dia tinggi atas langit melihat cahaya yang berada di bumi. Jamal pening dek kerana terpusing-pusing keadaanya sama seperti dia berada di angkasaraya. Persis. Dia kini kehilangan daya graviti dan masih terapung di langit yang semakin lama semakin jauh di atas awangan.

Dia tidak tahan terlalu pening dan nafasnya semakin lama semakin terhenti. Dia memejam mata agar dapat bangun dari mimpi tetapi tidak berjaya diulang perilakunya itu sebanyak 100 kali juga tidak bisa dia mula menangis hendak kembali ke bumi kerana kini dia berada di ruangan yang penuh dengan bintik-bintik cahaya yang indah.

Cerpen Karangan: Ihsan Ayun
Facebook: Mohd Ihsan

Cerpen Cahaya Graviti merupakan cerita pendek karangan , kamu dapat mengunjungi halaman khusus penulisnya untuk membaca cerpen cerpen terbaru buatannya.

"Kamu suka cerpen ini?, Share donk ke temanmu!"

Google+


" Baca Juga Cerpen Lainnya! "


Bukan Dia Yang Diingini

Oleh:
Di pagi yang bakal meninggalkan kesedihan buat aku. Aku hanya diam menunduk dan mengikut setiap arahan yang diberikan oleh ibuku. Aku tahu salahku kerana ingin menyambung pelajaran di tempat

Menikmati Kemanisan Hidup

Oleh:
Kakak saya yang berusia 19 tahun memberi isyarat badan kepada saya dengan sikunya. Seraya itu dia berkata, “Mari kita berlumba.” Saya benci apabila dia berkata begitu. Kerana apabila kami

Bilik Hotel 205

Oleh:
28 April 1998, Hotel Salak The Heritage “Zahar, kau tak rasa bersalah ke bunuh anak sendiri… Tolong lah jangan ganggu kami lagi.. Jangan lah jadi kaki botol lagi.” Rayu

Tenggelam Dalam Laila

Oleh:
Hari ini. Dari jauh mereka menapak senyap. Dengan irama jantung yang membising. Tak sampai 10 menit mereka tiba di jeti, di sana ada sebuah boat menunggu. Aura seram gelombang

“Hai!, Apa Kamu Suka Bikin Cerpen Juga?”
"Kalau iya... jangan lupa buat mengirim cerpen cerpen hasil karyamu ke kita ya!, melalui halaman yang sudah kita sediakan di sini. Puluhan ribu penulis cerpen dari seluruh Indonesia sudah ikut meramaikan cerpenmu.com loh, bagaimana dengan kamu?"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *