Waiting For You

Cerpen Karangan:
Kategori: Cerpen Malaysia
Lolos moderasi pada: 13 June 2020

Kali pertama bertemu, dialah yang teristimewa. Aku ingin bersamanya. Tapi, aku sedar kami berdua berbeza. Tiada apa yang dapat menyatukan kami berdua. Tapi, aku tetap tekad agar kami akan bersatu buat selamanya. Aku…akan selalu menunggumu.

Ziqri berjalan melewati pintu pagar sekolah. Dia melangkah perlahan sambil menundukkan kepalanya. “Sekejap.” arah Dhia yang merupakan pengawas sekolah itu. Langkah Ziqri terhenti. “Asyik kau saja yang lambat datang sekolah. Tak serik ehh?” perli Dhia. Ziqri memandang wajah Dhia. “Apa pandang-pandang?” kata Dhia dengan suara yang kuat. “Cepat tulis nama aku. Aku nak masuk kelas ni.” kata Ziqri tenang. “Amboi! Senangnya kau cakap. Hari ni kau kena ikut aku jumpa cikgu disiplin. Nama kau dah penuh satu buku aku ni.” balas Dhia. Ziqri mengeluh. Dia tiada pilihan selain mengikuti Dhia bertemu dengan guru disiplin.

Ziqri hanya berdiri sambil mendiamkan diri. Dia langsung tidak memandang ke arah cikgu Hamidi. “Kali ni saya nak kamu cerita masalah kamu. Apa yang menyebabkan kamu selalu datang lewat ke sekolah? Ceritakan hal yang sebenar.” kata cikgu Hamidi tegas. Ziqri hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak mengucapkan sepatah kata pun pada waktu itu. Cikgu Hamidi memandang ke arah Ziqri. “Nampaknya saya tiada pilihan selain menghukum kamu.” kata cikgu Hamidi. “Sekejap cikgu!” celah Dhia. Cikgu Hamidi dan Ziqri memandang Dhia. “Mesti ada sebab lain kenapa Ziqri mendiamkan diri.” kata Dhia. “Kenapa kamu bela dia? Kamu tahu ke apa masalah dia?” tanya cikgu Hamidi pelik. Dhia mendiamkan diri seketika. “Saya faham dia, cikgu. Saya mohon supaya cikgu lepaskan dia kali ni.” jelas Dhia. Cikgu Hamidi terdiam. “Baiklah. Saya lepaskan kamu Ziqri. Tapi ingat! Ini kali terakhir! Jika kamu mengulangi kesalahan yang sama, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas kamu. Kamu patut berterima kasih kepada kawan kamu, Dhia.” jelas cikgu Hamidi tegas. “Terima kasih, cikgu.” ucap Dhia tersenyum. Ziqri hanya melangkah pergi dari situ. Cikgu Hamidi hanya menggelengkan kepala. “Saya masuk kelas dulu cikgu.” kata Dhia. Cikgu Hamidi hanya mengangguk. Dhia pun beredar daripada bilik cikgu Hamidi.

Dhia mengejar Ziqri. “Ziqri! Sekejap!” panggil Dhia. Ziqri tidak mengendahkan Dhia. Dia terus berjalan. Dhia menghentikan Ziqri. Ziqri terdiam seketika. Dia merenung tajam mata Dhia. Tiba-tiba, Ziqri menolak Dhia ke arah dinding. Ziqri memandang Dhia dengan riak wajah marah. “Apa yang kau faham?! Apa yang kau tahu tentang aku?!” jerit Ziqri. Dhia ketakutan. “Kau… kau dah kenapa Ziqri?” tanya Dhia gugup. “Jangan pernah cuba untuk faham aku. Kau tak ada hak! Dan jangan kacau aku lagi. Aku tak perlukan pertolongan kau.” kata Ziqri marah. Ziqri terus melangkah pergi dari situ meninggalkan Dhia. Dhia hanya melihat Ziqri daripada jauh. Riak wajahnya sayu melihat Ziqri.

Ziqri menaiki bas pulang ke rumah. Di dalam bas, dia hanya termenung sambil merenung ke luar tingkap. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Akhirnya, dia melelapkan matanya. Dia lena tertidur di dalam bas.

Ziqri sedang berada di sebuah ruangan yang amat besar dan luas. Kegelapan mula menyelubunginya. Ziqri mula berlari sekuat hatinya. Tiba-tiba, seorang gadis menarik tangannya. Langkah Ziqri terhenti. Ziqri memandang wajah gadis itu. Dia mula menitiskan air mata. Gadis itu hanya tersenyum pahit. “Ada sesuatu yang sedang menanti awak diluar sana. Jangan pernah putus asa.” kata gadis itu. Suasana mula berubah. Ziqri terbangun dari tidurnya. Dia menarik nafas lega. “Mimpi rupanya.” bisik Ziqri. Dia mengesat air matanya. “Aku… menangis ke?” kata Ziqri pelik. Ziqri menepuk dahinya perlahan. Dia mengingat kembali mimpinya itu. “Apa yang sedang menanti aku?” bisik Ziqri. Ziqri buntu memikirkannya. Sejak kejadian dua tahun lalu, dia sering mengalami mimpi yang sama. Gadis itu sentiasa ada di mimpinya. Dan setiap kali dia bermimpi, dia pasti akan menitiskan air mata. Dia tidak pernah tahu sebabnya. Dia ingin mengetahui sebabnya. Apakah yang dia alami sebelum ini? Kenapa dia tidak pernah mengingati tentang gadis itu? Setiap persoalan pasti ada jawapannya.

Dua tahun yang lalu… Ziqri sering melawat ibunya yang sakit di hospital. Dia hanya mempunyai ibu dan adik lelakinya. Walaupun ibunya sakit, dia tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. Adiknya, Amar pula selalu membuat masalah di sekolah. Sikap adiknya yang nakal selalu membuatkan Ziqri marah. Tapi, dia tetap menyayangi adiknya itu.

Ziqri sedang membaca buku dengan santai di bawah pokok. Dia lebih suka duduk bersendirian daripada berteman. Waktu rehatnya dihabiskan dengan membaca. Ziqri fokus membaca bukunya itu. Tiba-tiba, Ziqri terdengar suara seseorang. Dia menoleh ke kiri. Dia terkejut dengan kehadiran seorang gadis yang duduk di sebelahnya. “Siapa?” tanya Ziqri. Gadis itu hanya tersenyum. “Teruskan membaca. Saya tak kacau awak. Saya cuma nak duduk disini saja.” balas gadis itu. Ziqri memandang pelik gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum. Ziqri bangkit dari tempat duduknya. “Sekejap! Nak pergi mana?” tanya gadis itu sambil menarik lengan Ziqri lembut. “Saya pergi dulu.” kata Ziqri. “Saya ikut.” balas gadis itu. “Kenapa awak nak ikut saya? Saya tak kenal awak.” kata Ziqri gugup. Gadis itu mula terdiam. Riak wajahnya berubah. “Maafkan saya sebab ganggu awak. Saya pergi dulu.” kata gadis itu lalu melangkah pergi dari situ. Ziqri hanya melihat gadis itu pergi. “Siapa dia?” bisik Ziqri pelik.

Di dalam kelas, Ziqri masih lagi fokus dengan bukunya. Dia duduk bersendirian di hujung kelas. Guru kelasnya masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran. Ziqri meletakkan buku yang dibacanya di dalam beg. Dia memandang ke hadapan. Dia terkejut buat seketika. “Gadis tadi? Buat apa dia dekat sini? Pelajar baru ke?” bisik Ziqri. “Okay, semua pelajar silakan duduk.” arah guru kelasnya. Gadis itu pun menuju ke tempat duduknya yang berada di sebelah Ziqri. Ziqri hanya memandang gadis itu. Gadis itu menoleh ke arah Ziqri lalu tersenyum. Ziqri mengalihkan pandangannya. Gadis itu hanya tertawa kecil.

Setelah tamat waktu sekolah, Ziqri bergegas pulang ke rumah. Dia menuju ke perhentian bas. Langkahnya terhenti. Dia melihat gadis itu juga sedang menunggu bas. Ziqri melangkah perlahan mendekati gadis itu. Dia memandang gadis itu. Gadis itu membalas pandangannya. “Saya minta maaf atas apa yang saya cakap tadi.” ucap Ziqri kesal. Gadis itu tersenyum. “Saya Alisha. Sekarang awak dah tahu nama saya. So, tak payah minta maaf. Saya okay.” balas Alisha. Ziqri hanya menunduk malu. “Saya Ziqri.” ucap Ziqri. Alisha tersenyum. Bas pun tiba lalu dinaiki oleh mereka berdua.

Sejak perkenalan itu, Ziqri mula menerima kehadiran orang lain di dalam hidupnya. Jika dulu dia lebih suka menyendiri, sekarang dia sudah mempunyai seorang kawan. Ziqri mula belajar tentang sikap menghargai orang lain. Dulu, dia tidak kisah jika dia hanya bersendiri. Sekarang, dia inginkan seorang teman yang boleh bersamanya.

Empat bulan telah berlalu. Hubungan Ziqri dan Alisha semakin rapat. Ziqri asyik memandang ke arah tempat duduk Alisha. Hari ini, Alisha tiada di tempat duduknya. Dia tidak hadir ke sekolah. Ziqri mula memikirkan tentang Alisha. Dia risau tentang keadaannya. Alisha tidak pernah terlepas kelas. Kedatangannya selalu penuh. Tetapi pada hari ini, Alisha tudak hadir ke sekolah. Apa sebabnya? Ziqri asyik memikirkan tentang Alisha sepanjang kelas berlangsung.

Ziqri mengejar Daniel yang merupakan rakan sekelasnya. “Wei! Tunggu sekejap!” panggil Ziqri. Langkah Daniel terhenti. “Wei, kau tahu kenapa Alisha tak datang hari ni? Kau kan ketua kelas, mesti tahu kan.” tanya Ziqri risau. Daniel memandang Ziqri pelik. “Alisha? Siapa Alisha?” tanya Daniel pelik. Ziqri memandang Daniel. “Sejak bila kelas kita ada pelajar nama Alisha?” kata Daniel lagi. Ziqri terdiam seketika. Kenapa Daniel tidak mengenali Alisha sedangkan Alisha merupakan rakan sekelasnya?

BERSAMBUNG

Cerpen Karangan: Shah Bogum
Blog: comiconstories.blogspot.com

Cerpen Waiting For You merupakan cerita pendek karangan , kamu dapat mengunjungi halaman khusus penulisnya untuk membaca cerpen cerpen terbaru buatannya.

"Kamu suka cerpen ini?, Share donk ke temanmu!"

Google+


" Baca Juga Cerpen Lainnya! "


Menikmati Kemanisan Hidup

Oleh:
Kakak saya yang berusia 19 tahun memberi isyarat badan kepada saya dengan sikunya. Seraya itu dia berkata, “Mari kita berlumba.” Saya benci apabila dia berkata begitu. Kerana apabila kami

Tenggelam Dalam Laila

Oleh:
Hari ini. Dari jauh mereka menapak senyap. Dengan irama jantung yang membising. Tak sampai 10 menit mereka tiba di jeti, di sana ada sebuah boat menunggu. Aura seram gelombang

Cahaya Graviti

Oleh:
Jamal masih lagi terlentang di kerusi tiga walaupun ibunya sudah 15 kali mengejutkanya menggunakan pelbagai kaedah. Jamal mengeras akhirnya ibunya tersedar yang mereka sudah terlambat untuk menghadiri majlis qiyamulail.

Bilik Hotel 205

Oleh:
28 April 1998, Hotel Salak The Heritage “Zahar, kau tak rasa bersalah ke bunuh anak sendiri… Tolong lah jangan ganggu kami lagi.. Jangan lah jadi kaki botol lagi.” Rayu

“Hai!, Apa Kamu Suka Bikin Cerpen Juga?”
"Kalau iya... jangan lupa buat mengirim cerpen cerpen hasil karyamu ke kita ya!, melalui halaman yang sudah kita sediakan di sini. Puluhan ribu penulis cerpen dari seluruh Indonesia sudah ikut meramaikan cerpenmu.com loh, bagaimana dengan kamu?"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *